Undian Melalui Aplikasi VoteKit

  1. 1. Buka aplikasi VoteKit

    Tekan ikon VoteKit pada skrin utama untuk memulakan sesi undian.

    Buka aplikasi VoteKit
  2. 2. Paparan borang undian (Voting form)

    Voting form akan dipaparkan pada skrin.

    Paparan borang undian (Voting form)
  3. 3. Isi borang undian tersebut

    • Tekan butang tolak merah (-) untuk memadam pilihan jawapan.

    • Tekan butang tambah biru (+) untuk menambah pilihan jawapan.

    • Tekan Reset jika ingin mengosongkan semula borang undian.

    • Tekan Next Step untuk meneruskan.

    Isi borang undian tersebut
  4. 4. Tetapan undian

    • Single choice – membenarkan pengundi memilih satu jawapan sahaja.

    • Multiple choice – membenarkan pengundi memilih lebih daripada satu jawapan.

    • Anonymous voting – boleh ditetapkan ON/OFF mengikut keperluan.


      Akhir sekali, tekan Start Voting untuk memulakan sesi undian.

    Tetapan undian
  5. 5. Paparan kod QR

    Kod QR akan dipaparkan untuk tempoh masa tertentu bagi membolehkan pengundi mengimbas dan mengundi.

    Paparan kod QR
  6. 6. Perspektif pengundi (POV Voters)

    • Pengundi menggunakan telefon untuk mengimbas kod QR.

    • Selepas dibawa ke halaman undian, tekan Vote untuk menghantar pilihan.

    Perspektif pengundi (POV Voters)
  7. 7. Keputusan undian

    Setelah sesi undian tamat, keputusan akan dipaparkan dalam bentuk bar chart report.

    Keputusan undian
  8. 8. Pilihan selepas undian

    • Butang kiri: Simpan laporan bar chart.

    • Butang kanan: Bawa paparan keputusan ke dalam Whiteboard.

    Pilihan selepas undian