Pengurusan Pengguna Baru
Airgo DMS platform
1. Log masuk ke platform AirGo DMS
Gunakan akaun yang telah didaftarkan untuk mengakses sistem pengurusan Smartboard.

2. Pergi ke halaman User
Halaman ini memaparkan senarai semua pengguna yang berdaftar di bawah akaun sekolah anda.

3. Tekan Add untuk menambah pengguna baharu
Anda boleh menambah pengguna sebagai Admin atau General User mengikut keperluan.

4. Isi maklumat pada borang Add User
Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan dan tekan Confirm setelah selesai.

5. Urus akaun pengguna sedia ada
Sebagai Admin, anda boleh edit atau padam akaun pengguna lain pada bila-bila masa.
