Navigasi Home Screen

  1. 1. Paparan awal Smartboard

    Apabila Smartboard dihidupkan, anda akan terus berada di paparan utama.

    Paparan awal Smartboard
  2. 2. Assistive Bar

    Pada bahagian kiri dan kanan skrin, terdapat Assistive Bar yang memudahkan capaian kepada fungsi utama.

    Assistive Bar
  3. 3. Butang pada Assistive Bar

    • Butang (1) – Back
      Kembali ke halaman sebelum ini.

    • Butang (2) – Home
      Terus ke Home Screen dari mana-mana aplikasi atau paparan.

    • Butang (3) – Apps Switcher
      Membuka senarai aplikasi yang sedang aktif atau baru digunakan. Dengan fungsi ini, anda boleh bertukar aplikasi dengan cepat tanpa perlu kembali ke homepage.

    • Butang (4) – Annotation Tool
      Membolehkan anda menulis atau melukis di atas mana-mana paparan skrin.

    • Butang (5) – Quick Setting Panel
      Membuka tetapan pantas seperti kawalan bunyi, kecerahan, dan fungsi asas lain.

    • Butang (6) – Signal Source
      Menukar sumber paparan seperti OPS, F-HDMI, HDMI1, atau HDMI2 mengikut peranti yang disambungkan.

    Butang pada Assistive Bar
  4. 4. Butang pada Floating Assistive Button

    Selain Assistive Bar di tepi skrin, terdapat juga Floating Assistive Button yang memberikan fungsi ringkas dan pantas. Antaramukanya hampir sama, dengan ikon yang mudah diakses di mana-mana paparan.

    Butang pada Floating Assistive Button:

    • Butang (1) – Back
      Kembali ke halaman sebelumnya.

    • Butang (2) – Home
      Terus ke Home Screen.

    • Butang (3) – Apps Switcher
      Membuka senarai aplikasi yang aktif untuk pertukaran cepat.

    • Butang (4) – Annotation Tool
      Menulis atau melukis pada skrin, tetapi tidak boleh disimpan.

    • Butang (5) – Whiteboard
      Membuka Whiteboard secara terus, tanpa perlu kembali ke Home Screen.

    • Butang (6) – Signal/Source Display
      Memaparkan status sambungan sumber paparan.
      Jika tiada isyarat dikesan (No signal detected), akan dipaparkan cadangan penyelesaian seperti:

      • Menggunakan wireless dongle atau screencast software.

      • Memeriksa sambungan kabel HDMI/USB atau mencuba re-plug.

      • Menukar sumber input seperti OPS, HDMI1, HDMI2 bergantung kepada peranti.

    Butang pada Floating Assistive Button
  5. 5. Butang Tetapan (Settings)

    Settings Button

    • Membuka menu tetapan seperti pada peranti lain.

    • Antara pilihan yang tersedia ialah:

      • Network – tetapan sambungan internet atau Wi-Fi.

      • General – tetapan umum peranti.

      • Device – kawalan paparan dan perkakasan.

      • Channel – pengurusan input atau saluran.

      • System – maklumat dan tetapan sistem operasi Smartboard.

    Butang Tetapan (Settings)
  6. 6. Power Off Button

    Settings Button

    • Digunakan untuk menutup Smartboard sepenuhnya.

    • Pastikan semua kerja telah disimpan sebelum menekan butang ini.

    Power Off Button