Muat Naik Fail ke Peranti
1. Log masuk ke platform AirGo DMS
Gunakan akaun yang telah didaftarkan untuk mengakses sistem pengurusan Smartboard.

2. Pergi ke halaman Device.
Halaman ini memaparkan senarai semua Smartboard yang berdaftar di bawah akaun anda.

3. Pilih Peranti Smartboard
Tandakan atau pilih Smartboard yang ingin anda muat naik fail.

4. Tekan Details pada peranti yang dipilih
Klik Details untuk membuka maklumat lanjut peranti tersebut.

5. Cari dan tekan Send File
Skrol ke bahagian bawah halaman dan tekan Send File untuk memulakan proses pemindahan fail.

6. Pilih dokumen untuk dimuat naik
Tekan Select a document dan pilih fail yang ingin dihantar ke Smartboard.

7. Semak status muat naik
Sistem akan memaparkan notifikasi apabila fail berjaya dimuat naik.

8. Tekan butang Send
Tekan Send untuk menghantar fail ke Smartboard yang telah dipilih.

9. Semak fail di Smartboard
Pergi ke File Manager pada Smartboard untuk melihat fail yang telah dihantar.
